Monday, September 12, 2011
SYARAT-SYARAT BANTAHAN CALON SPR KPIPM
SYARAT-SYARAT
BANTAHAN CALON
1.
Setiap bantahan mestilah disuarakan oleh ahli KPIPM.
2.
Setiap ahli yang membuat bantahan mesti menjelaskan
yuran tahunan KPIPM sesi 2010/2011.
3.
Sebarang bantahan mestilah melalui borang yang
disediakan oleh AJK Khas Pilihanraya sesi 2010/2011 dengan selengkapnya. Borang
yang tidak lengkap tidak akan dilayan.
4.
Setiap borang bantahan dikenakan bayaran LE 20.
5.
Setiap bantahan perlu mempunyai seorang pencadang dan
penyokong untuk membantah seorang calon sahaja.
6. Borang bantahan perlu dihantar sendiri oleh individu
yang mengemukakan bantahan.
7.
Keputusan penerimaan bantahan adalah muktamad.
8.
Bantahan akan ditolak setelah tamat waktu yang
ditetapkan.
9.
Sebarang maklumat dan permasalahan boleh dirujuk
kepada AJK Khas Pilihanraya KPIPM sesi 2010/2011.
DISEDIAKAN OLEH AJK KPR KPIPM SESI 2010-2011
----------------------------------------------------------
sprkpipm.blogspot.com
12 September 2011/ Isnin
Sunday, September 11, 2011
HARI BANTAHAN CALON AJKT DAN HEWI KPIPM
AJK KHAS PILIHAN RAYA KPIPM 2010/2011
MEMBUKA TEMPOH BANTAHAN UNTUK SENARAI AJKT DAN AJK HEWI
YANG TELAH DICALONKAN BAGI SESI 2010/2011
BOLEHLAH MENDAPATKAN BORANG DARI
BILIK GERAKAN AJK KHAS PILIHANRAYA KPIPM
TARIKH : 13 & 14 SEPTEMBER 2011
(SELASA & RABU)
MASA : 8.00-10.00 PAGI
TEMPAT IKHWAH : Dewan Syeikh
Sya'rawi, Wisma A.
TEMPAT AKHAWAT : Bilik Mesyuarat,
Wisma A.
BORANG BANTAHAN MESTILAH DISERAHKAN
PADA WAKTU YANG TELAH DITETAPKAN
OLEH PIHAK AJK KHAS PILIHANRAYA KPIPM 2010/2011. SEBARANG KELEWATAN TIDAK AKAN DILAYAN.
DISEDIAKAN OLEH : AJK KPR KPIPM SESI 2010-2011
11 September 2011 / Ahad / Kaherah
--------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------
sprkpipm.blogspot.com
SESI MENGEMUKAKAN BORANG PENCALONAN TAMAT 4.30 PETANG/11-09-2011
SESI KEMUKA BORANG PENCALONAN AJKT DAN HEWI KPIPM TAMAT
Assalamualaikum WBT.
Pihak AJK KPR KPIPM 2010-2011 mengumumkan bahawasanya sesi tersebut bermula pada 6 September 2011 sehingga 11 September 2011 ( Tidak termasuk hari Jumaat )
telah ditamatkan pada :
![]() |
| 4.30 PETANG 11 SEPTEMBER 2011 |
Tarikh : 11 September 2011
Masa : 4.30 Petang
Tempat : Wisma A Rumah Perak, Hayyu Sabie'
-------------------------------------------------
Disediakan oleh : AJK KPR KPIPM 2010-2011
11 September 2011 / Ahad / Kaherah
-----------------------------------------------------
sprkpipm.blogspot.com
Monday, September 5, 2011
CARA-CARA MENGEMUKAKAN BORANG PENCALONAN
CARA-CARA MENGEMUKAKAN BORANG PENCALONAN
1. BORANG A untuk diisi oleh calon YANG DIPERTUA KPIPM.
2. BORANG B untuk diisi AJKT KPIPM.
3. BORANG C untuk diisi oleh calon KETUA HEWI KPIPM.
4. BORANG D untuk diisi oleh calon AJK HEWI KPIPM.
5. Setiap pencalonan hendaklah disertakan bersama :-
1. Dua keping gambar berukuran passport.
2. Salinan passport (butir-butir peribadi)
6. Setiap calon yang ingin bertanding hanya dibenarkan mengambil dan mengisi satu borang pencalonan sahaja. Setiap borang dikenakan bayaran berikut :-
1. BORANG A dan BORANG C : LE 10.00
2. BORANG B dan BORANG D : LE 8.00
7. Borang pencalonan mestilah diisi dengan lengkap dan kemas. Sebarang kesilapan boleh menyebabkan permohonan ditolak.
8. Pencalonan mestilah menggunakan borang rasmi yang mempunyai cop KPIPM yang dikeluarkan oleh AJK KHAS PILIHANRAYA KPIPM 2010/11.
9. Borang pencalonan yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan sebelum atau selewat-lewatnya pada waktu dan tarikh akhir buka pencalonan iaitu pada 11 september 2011, pukul 4.30 petang, bertempat di bilik gerakan AJK KPR KPIPM yang telah dikhususkan.
10. Sebarang kelewatan tidak akan dilayan serta segala butiran diri yang telah diserahkan untuk tujuan pencalonan tidak akan dikembalikan.
DISEDIAKAN OLEH
Ahli Jawatankuasa Khas Pilihanraya
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir
Sesi 2010/2011
SYARAT – SYARAT PENCALONAN
SYARAT – SYARAT PENCALONAN
1. Setiap calon mestilah AHLI TETAP KPIPM.
2. Setiap calon TELAH MENJELASKAN YURAN TAHUNAN KPIPM.
3. Sebarang pencalonan mestilah MENGISI BORANG YANG DISEDIAKAN DENGAN LENGKAP. Borang yang tidak LENGKAP TIDAK AKAN DILAYAN.
4. Setiap pencalonan MESTILAH MEMATUHI PERATURAN YANG DITETAPKAN OLEH AJK KHAS PILIHANRAYA KPIPM 2010/11.
5. Pencalonan juga dibuka kepada ahli KPIPM yang berada di luar Republik Arab Mesir (melancong, pulang bercuti, umrah) semasa tempoh pencalonan dibuka, dengan syarat mengemukakan permohonan rasmi dan bertulis serta menamakan wakilnya untuk urusan pencalonan kepada AJK KHAS PILIHANRAYA KPIPM 2010/11 melalui email sprkpipm@yahoo.com secara attachment atau melalui faks dan email KPIPM.
6. Setiap ahli hanya dibenarkan menjadi pencadang dan penyokong kepada seorang calon sahaja.
7. AJK KHAS PILIHANRAYA tidak boleh dicalonkan untuk bertanding tetapi berhak mengundi.
8. Keputusan penerimaan atau penolakan pencalonan adalah muktamad.
9. Pencalonan akan ditolak setelah tamat waktu yang telah ditetapkan.
10.Sebarang maklumat dan permasalahan boleh dirujuk kepada AJK KHAS PILIHANRAYA 10/11.
DISEDIAKAN OLEH
Ahli Jawatankuasa Khas Pilihanraya
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir
Sesi 2010/2011
MEMBUKA BORANG PENCALONAN DAN BILIK GERAKAN SPR KPIPM
AJK KHAS PILIHANRAYA
KPIPM SESI 2011/2012
AJK KHAS PILIHANRAYA MEMBUKA BORANG PENCALONAN untuk AJK TADBIR KPIPM dan AJK HEWI KPIPM bagi sesi 2011/2012. Kepada semua ahli KPIPM yang ingin mengemukakan pencalonan, sila dapatkan borang pencalonan di :-
BILIK GERAKAN
AJK KHAS PILIHANRAYA KPIPM
Ikhwah : Dewan Syeikh Sya'rawi,
Wisma A.
Akhawat : Bilik Mesyuarat, Wisma A.
WAKTU :
2.00 Petang – 4.30 Petang
TARIKH :
6 September 2011 à 11 September 2011
(5 hari kecuali 9/9/2011 {Jumaat} = cuti)
DISEDIAKAN OLEH :
AHLI JAWATANKUASA KHAS PILIHANRAYA
KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR
SESI 2010/2011
-----------------------------------
sprkpipm.blogspot.com
5 September 2011
SELAMAT MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB
![]() |
| BANNER RASMI SPR KPIPM SESI 2011/2012 |
Assalamualaikum WBT.
Barisan Kepimpinan SPR KPIPM Sesi 2011/2012 mengucapkan Selamat Menjalankan Tanggungjawab sepanjang tempoh gerakkerja SPR KPIPM bermula sekarang sehingga tempoh Mesyuarat Agung Tahunan KPIPM 2011-2012........
Dari kami :
AJK KPR KPIPM 2011-2012
sprkpipm.blogspot.com
5 September 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)







