Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh …
Sesungguhnya segala puji hanya bagi Allah, kami memuji-Nya dan meminta pertolongan dari-Nya, kami bertaubat dan memohon ampunan kepada-Nya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan-kejahatan diri kami dan keburukan-keburukan ‘amalan kami, sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan sesiapa yang disesatkan Allah maka tidak ada yang dapat memberikan petunjuk kepadanya. Saya bersaksi bahawasanya tiada tuhan melainkan Allah yang Maha Esa, tiada sebarang sekutu bagi-Nya, dan saya bersaksi bahawasanya Baginda Nabi Muhammad SAW hamba dan rasul-Nya, kesejahteraan dan keselamatan Allah ke atasnya, serta atas ahli keluarga dan sahabatnya sekalian, para tabi’in serta seluruh pengikutnya.
Perubahan kepimpinan saban tahun silih berganti, melalui pilihanraya merupakan langkah dan jalan penyelesaian penting berbanding semua bentuk perubahan lain. Perubahan ini memerlukan pilihanraya yang dijalankan secara cekap, bebas, telus, amanah, adil lagi bersih. Bermula dengan penyeragaman keanggotaan ahli untuk disahkan dan berhak mengundi. Seterusnya setiap ahli sebagai pengundi berkempen dan membuat pangkahan di borang undi sekiranya berlaku pertandingan di hari mesyuarat agung. Akhir sekali dilakukan proses mengira dan mengisytiharkan pemenang. Proses lumrah yang sentiasa berlaku ini, menatijahkan penubuhan AHLI JAWATANKUASA KHAS PILIHANRAYA (AJK KPR) buat kali yang seterusnya, bagi melancarkan proses turun naik kepimpinan persatuan bagi sesi 2011/2012. Ini berdasarkan kepada Buku Perlembagaan Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir, BAB KEEMPAT : MESYUARAT AGUNG DAN PILIHANRAYA / BAHAGIAN KEDUA : PERKARA 21 – PILIHANRAYA serta mengikut PERATURAN AM PILIHANRAYA yang dilampirkan.
Sehubungan dengan itu, AJK KPR yang telah dilantik, tampil bekerja dan berkhidmat, sebagai badan berkecuali dan bebas, patuh dan hormat kepada prinsip peralihan kuasa melalui pilihanraya yang bebas dan bersih, dan berikrar bahawa ahli adalah sumber kepada kuasa memilih kepimpinan dan akan menjamin hak semua ahli untuk terlibat dalam segala bentuk aktiviti yang berkaitan dalam proses pilihanraya selagimana memenuhi syarat-syarat serta tuntutan Perlembagaan KPIPM.
Akhir kalam, moga Allah SWT memberi kekuatan, kemudahan, petunjuk dan bimbingan kepada AJK KPR, dalam melaksanakan AMANAH BERAT ini, yang akan dipersoalkan jua di akhirat, dalam menatijahkan keputusan yang adil lagi saksama, untuk mendapatkan PEMIMPIN YANG BERAMANAH DAN BERTANGUNGJAWAB, serta bersedia untuk dipersoalkan di hari akhirat kelak, yang mana menjadi IDAMAN SEMUA AHLI. Maka sayugialah buat seluruh ahli, sebelum memangkah kertas undi, buatlah pilihan dan penilaian yang tepat, kenali calon-calon bakal kepimpinan dengan sematang-matangnya. Kerana, yang memilih pemimpin, juga merupakan satu AMANAH yang akan di pertanggungjawabkan di akhirat jua.
Selamat menjalankan tanggungjawab kepada semua Ahli KPIPM di Mesir.
Sekian, wassalam.
MOHD FIRDAUS BIN ABD RAZAK
PENGARAH,
AHLI JAWATANKUASA KHAS PILIHAN RAYA (AJK KPR)
Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir SESI 2011/2012

No comments:
Post a Comment