Saturday, September 8, 2012
Wednesday, September 5, 2012
~ MALAM PENGENALAN CALON ~
~ MALAM PENEGENALAN CALON ~
Semua AHLI KPIPM dijemput ke MALAM PENGENALAN CALON KPIPM 2012/2013 yang akan diadakan di Dewan Syeikh Sya'rawi Wisma A .Pada jam 8.00 malam.
.:: Kedatangan anda amat di alu-alukan ::.
Tuesday, September 4, 2012
Perlantikan Saidina Umar Al-Khattab sebagai khalifah
1.
1.PERBINCANGAN SAYYIDINA ABU BAKAR DAN KIBAR SAHABAT
Sejarah Islam mencatatkan sirah perlantikan Sayyidina Umar Al-Khattab,
yang digelar oleh Rasulullah sebagai Al-Farouq yakni yang membezakan diantara
yang hak dan yang batil.Di saat khalifah Abu Bakar As-Siddiq sedang tenat dan
merasakan bahawa betapa dekatnya ketibaan ajal maka beliau mula membuat
penilaian dan berfikir tentang perlantikan insan yang akan menerajui takhta pemerintahan demi
mengantikan pemerintahannya.Sebenarnya sudah terlintas dalam benak hati kecil
Sayyidina Abu Bakar bahawasanya Sayyidina Umar merupakan insan yang paling
layak walaupun Sayyidina Abu Bakar sudah mengamati para sahabat yang berada
bersamanya seorang demi seorang untuk mencari khalifah yang paling layak dan
paling berhak menjawat jawatan itu nanti. Namun begitu, Sayyidina Abu Bakar
tetap mendengarpandangan pembesar di kalangan sahabat (kibar sahabat) seperti
Abdul Rahman Bin Auf. Abdul Rahman bin Auf memberikan pandangan mengenai Sayyidina
Umar lalu beliau menyifatkan Sayyidina Umar memang layak untuk menyandang
jawatan khalifah kecuali sikapnya yang amat tegas. Walaubagaimanapun, Sayyidina
Abu Bakar mengatakan bahawa Sayyidina Umar bertindak begitu sebagai mengimbangi
kelembutan beliau dalam pemerintahan.
2. 2.PENULISAN WASIAT PEMILIHAN SAYYIDINA UMAR SEBAGAI KHALIFAH
Selesai bertemu dengan Abdul Rahman bin Auf, maka Sayyidina Abu Bakar
membincangkan perkara yang sama dengan Sayyidina Uthman bin Affan. Sayyidina
Uthman meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap Sayyidina Umar. Kedua-dua
pertemuan tadi menjadi rahsia di antara mereka bertiga. Sayyidina Abu Bakar
mengarahkan Sayyidina Uthman untuk menulis wasiat beliau bagi perlantikan
Sayyidina Umar sebagai khalifah. Di saat warkah sedang ditulis, Sayyidina Abu
Bakar tidak sedarkan diri kerana keuzuran. Sayyidina Uthman kemudiannya
menyambung penulisan wasiat itu. Setelah kembali sedar, Sayyidina Abu Bakar
mengarahkan agar Sayyidina Uthman membaca wasiat yang telah ditulis lalu Sayyidina
Abu Bakar bertakbir dan bersyukur kerana pandangan Sayyidina Uthman adalah sama
dengan pandangannya. Setelah itu, wasiat dibacakan di hadapan para sahabat yang
lain sebagai cadangan daripada khalifah sendiri.
3.
3.SAYYIDINA ABU BAKAR MEMINTA PANDANGAN DAN PERSETUJUAN KAUM
MUSLIMIN.
Saiyyidina Abu Bakar meminta
pandangan ramai dan bertanyakan keredhaan mereka dalam menerima cadangan
itu disamping beliau mengukuhkan
hujjah diatas perlantikan
khalifah baru.Kaum muslimin yang
hadir member persetujuan lalu mereka menjawab,”kami dengar dan
kami patuh.
Firman Allah S.W.T,
ولقد
اخترنهم على علم على العالمين
“ Dan
demi sesungguhnya,Kami telah
memilih mereka berdasarkan
pegetahuan(Kami) – menjadi lebih
pangkatnya lebih dari
penduduk dunia(pada zaman
itu)”-Surah Ad Dukhan ,ayat 32.
Monday, September 3, 2012
Sunday, September 2, 2012
Pengertian Sumpah
Sumpah menurut pengertian syara’ yaitu menahkikkan atau menguatkan sesuatu dengan menyebut nama Allah S WT, seperti; walLahi, bilLahi, talLahi. Secara etimologis arti sumpah yaitu:
1. Pernyataan yang diucapkan secara resmi dengan bersaksi kepada Allah SWT untuk menguatkan kebenaran dan kesungguhan.
2. Pernyataan yang disertai tekad melakukan sesuatu menguatkan kebenarannya atau berani menerima sesuatu bila yang dinyatakan tidak benar.
3. Janji atau ikrar yang teguhakan menunaikan sesuatu.
Dalam bahasa Arab sumpah disebut dengan al-aimanu, al-halfu, al-qasamu. Al-aimanu jama’ dari kata al-yamiinu (tangan kanan) karena orang Arab di zaman Jahiliyah apabila bersumpah satu sama lain saling berpegangan tangan kanan. Kata al-yamiinu secara etimologis dikaitakan dengan tangan kanan yang bisa berarti al-quwwah (kekuatan), dan al-qasam (sumpah).
Dengan demikian pengertianal-yuamiinu merupakan perpaduan dari tiga makna tersebut yang selanjutnya digunakan untuk bersumpah. Dikaitkan dengan kekuatan (al-quwwah), karena orang yang ingin mengatakan atau menyatakan sesuatu dikukuhkan dengan sumpah sehingga pernyataannya lebih kuat sebagaimana tangan kanan lebih kuat dari tangan kiri. Lafal sumpah tersebut harus menggunakan huruf sumpah (al-qasam) yaitu: waw, ba dan ta. seperti; walLahi, bilLahi, talLahi.
Seorang Islam itu hanya boleh bersumpah dengan nama Allah swt sebagaimana sabda Rasulullah saw :
من كان حالفاً فليحلف بالله أو ليصمت
“Barangsiapa yang bersumpah, bersumpahlah dengan nama Allah atau berdiam diri”Memegang Mushaf (Al-Quran) semasa bersumpah bukanlah merupakan salah satu syarat sumpah. Akan tetapi tidaklah menjadi masalah jika semasa ia bersumpah, tangannya memegang al-Quran, kerana al-Quran adalah merupakan Kalam Allah dan ia merupakan salah satu dari sifat Allah. Scenario ini dapat kita lihat didalam masalah yang melibatkan mahkamah bukan Islam yang memerlukan seseorang itu bersumpah menggunakan kitab suci. Berikut adalah contoh fatwa yang dikeluarkan oleh Fataawaa al-Majma’ al-Fiqhi al-Islami :-
إذا كان القضاء في بلد ما حكمه غير إسلامي يوجب على من توجهت عليه اليمين وضع يده على التوراة أو الإنجيل أو كليهما فعلى المسلم أن يطلب من المحكمة أن يحلف بالله ولا بأس أن يقسم بالقرآن الكريم لأنه كلام الله تعالى وهو صفة من صفاته ، فإن لم يُستجب لطلبه وأُجبر على الحلف بالتوراة أو الإنجيل فإنّه يُعتبر مكرهاً ، ولا بأس عليه أن يضع يده عليهما أو على أحدهما دون أن ينوي بذلك تعظيماً . والله أعلم
“Jika sistem didalam sebuah negara tidak memerintah menggunakan undang-undang Islam yang memerlukan seseorang itu mengangkat sumpah meletakkan tangannya diatas Kitab Taurat atau Injil, atau kedua-duanya sekali, maka seorang Islam itu hendaklah meminta mahkamah agar dia boleh bersumpah dengan Nama Allah.
Dan Tidaklah menjadi masalah jika seseorang itu bersumpah dengan Al-Quran kerana sesungguhnya Al-Quran ialah Perkataan Allah (Kalam Allah) dan ia adalah salah satu dari sifat Allah. Dan jika mahkamah tidak membenarkan permintaan tersebut, dan dia terpaksa bersumpah dengan Taurat dan Injil, maka ini dianggap s ebagai paksaan, maka tidaklah ada dosa bagi seseorang itu meletekkan tangannya keatas salah satu atau kedua-duanya sekali selama-mana dia tidak berniat memuliakan apa yang dilakukan. Wallahu’alam”
Saturday, September 1, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)