1.
1.PERBINCANGAN SAYYIDINA ABU BAKAR DAN KIBAR SAHABAT
Sejarah Islam mencatatkan sirah perlantikan Sayyidina Umar Al-Khattab,
yang digelar oleh Rasulullah sebagai Al-Farouq yakni yang membezakan diantara
yang hak dan yang batil.Di saat khalifah Abu Bakar As-Siddiq sedang tenat dan
merasakan bahawa betapa dekatnya ketibaan ajal maka beliau mula membuat
penilaian dan berfikir tentang perlantikan insan yang akan menerajui takhta pemerintahan demi
mengantikan pemerintahannya.Sebenarnya sudah terlintas dalam benak hati kecil
Sayyidina Abu Bakar bahawasanya Sayyidina Umar merupakan insan yang paling
layak walaupun Sayyidina Abu Bakar sudah mengamati para sahabat yang berada
bersamanya seorang demi seorang untuk mencari khalifah yang paling layak dan
paling berhak menjawat jawatan itu nanti. Namun begitu, Sayyidina Abu Bakar
tetap mendengarpandangan pembesar di kalangan sahabat (kibar sahabat) seperti
Abdul Rahman Bin Auf. Abdul Rahman bin Auf memberikan pandangan mengenai Sayyidina
Umar lalu beliau menyifatkan Sayyidina Umar memang layak untuk menyandang
jawatan khalifah kecuali sikapnya yang amat tegas. Walaubagaimanapun, Sayyidina
Abu Bakar mengatakan bahawa Sayyidina Umar bertindak begitu sebagai mengimbangi
kelembutan beliau dalam pemerintahan.
2. 2.PENULISAN WASIAT PEMILIHAN SAYYIDINA UMAR SEBAGAI KHALIFAH
Selesai bertemu dengan Abdul Rahman bin Auf, maka Sayyidina Abu Bakar
membincangkan perkara yang sama dengan Sayyidina Uthman bin Affan. Sayyidina
Uthman meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap Sayyidina Umar. Kedua-dua
pertemuan tadi menjadi rahsia di antara mereka bertiga. Sayyidina Abu Bakar
mengarahkan Sayyidina Uthman untuk menulis wasiat beliau bagi perlantikan
Sayyidina Umar sebagai khalifah. Di saat warkah sedang ditulis, Sayyidina Abu
Bakar tidak sedarkan diri kerana keuzuran. Sayyidina Uthman kemudiannya
menyambung penulisan wasiat itu. Setelah kembali sedar, Sayyidina Abu Bakar
mengarahkan agar Sayyidina Uthman membaca wasiat yang telah ditulis lalu Sayyidina
Abu Bakar bertakbir dan bersyukur kerana pandangan Sayyidina Uthman adalah sama
dengan pandangannya. Setelah itu, wasiat dibacakan di hadapan para sahabat yang
lain sebagai cadangan daripada khalifah sendiri.
3.
3.SAYYIDINA ABU BAKAR MEMINTA PANDANGAN DAN PERSETUJUAN KAUM
MUSLIMIN.
Saiyyidina Abu Bakar meminta
pandangan ramai dan bertanyakan keredhaan mereka dalam menerima cadangan
itu disamping beliau mengukuhkan
hujjah diatas perlantikan
khalifah baru.Kaum muslimin yang
hadir member persetujuan lalu mereka menjawab,”kami dengar dan
kami patuh.
Firman Allah S.W.T,
ولقد
اخترنهم على علم على العالمين
“ Dan
demi sesungguhnya,Kami telah
memilih mereka berdasarkan
pegetahuan(Kami) – menjadi lebih
pangkatnya lebih dari
penduduk dunia(pada zaman
itu)”-Surah Ad Dukhan ,ayat 32.
No comments:
Post a Comment