www.flickr.com

Friday, August 31, 2012

Perlantikan Saidina Abu Bakar sebagai Kalifah Pertama

  Perlantikan khalifah merupakan sesuatu urusan yang penting dalam menjaga agama kestabilan dalam mentadbir urusan dunia. Oleh itu kita dapat lihat bagaimana para sahabat sanggup meninggalkan jenazah Rasulullah s.a.w untuk diuruskan oleh kaum keluarga baginda manakala ramai para sahabat berhambatan menuju ke Saqifah Bani Saadah bagi menyelesaikan beberapa pertikaian berhubung masalah perlantikan khalifah Rasulullah s.a.w dalam memimpin umat Islam dan negara. Perjumpaan tergempar ini telah diadakan di rumah seorang pemimpin kaum khazraj iaitu Saad bin Ubadah.

  Kaum Ansar begitu pantas dalam menangani masalah perlantikan khalifah yang baru di mana mereka mencadangkan agar Saad bin Ubadah dilantik menjadi khalifah. Mereka mengakui bahawa beliau merupakan seorang yang layak bagi memikul amanah yang berat ini memandangkan beliau merupakan seorang yang banyak berbakti kepada Rasulullah s.a.w, bijak dalam pengurusan, seorang yang terkenal serta pernah ditugaskan menjaga kota Madinah sewaktu ekspedisi ke Abwa’. Malah beliau diriwayatkan orang yang layak dan terpilih dalam memimpin Madinah jika Rasulullah s.a.w tidak berhijrah ke Madinah sebelum ini.

  Pertemuan ini diadakan di Saqifah Bani Saadah iaitu dewan mesyuarat yang terletak berhampiran dengan Masjid Nabawi. Pada mulanya perhimpunan ini tidak diketahui oleh kaum keluarga nabi dan tokoh Quraisy sehinggalah ada 2 orang sahabat datang memberitahu bahawa adanya suatu perhimpunan penting di situ. Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar bergegas ke sana dan mendapati keputusan perlantikan belum dibuat disebabkan timbulnya pertikaian di kalangan kaum Aus seramai 70 orang yang tidak bersetuju dengan perlantikan Saad bin Ubadah daripada kaum Khazraj sebagai khalifah.

Kriteria terbaik dalam melantik khalifah

  Pelbagai pandangan dilontarkan bersama dengan hujah masing-masing di mana antara cadangan ialah agar perlantikan khalifah di pilih daripada kalangan Ansar memandangkan merekalah anak tempatan yag memberi perlindungan dan bantuan kepada Rasulullah s.a.w dan para muhajirin yang datang dari Mekah.

  Manakala Sayyidina Abu Bakar pula mengesyorkan agar jawatan khalifah ini diberikan kepada orang Quraisy berdasarkan kepada sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Khalifah hendaklah dipilih daripada kaum Quraisy yakni muhajirin. Di samping itu alasan Sayyidina Abu Bakar lagi bahawa kaum Muhajirin merupakan golongan pertama memeluk Islam tanpa menafikan bakti dan segala jasa yang telah dihulurkan oleh golongan Ansar dari kaum Aus dan Khazraj. Beliau menambah lagi bahawa jika jawatan itu diserahkan kepada golongan Ansar maka ia akan memberi kesan yang negatif kepada masyarakat Islam kerana golongan Ansar terdiri daripada dua suku kaum yang terbesar dan terpengaruh di mana sudah pastinya akan timbul peristiwa perpecahan antara keduanya sebagaimana sebelum kedatangan Islam disebabkan tidak puas hati dengan perlantikan salah satu daripada kedua kaum tersebut sebagai khalifah.

  Mendengar penjelasan Sayyidina Abu Bakar lalu Hubab bin al-Munzir dari kaum Khazraj bangun mencadangkan agar dua orang khalifah dilantik iaitu seorang daripada golongan Muhajirin dan seorang lagi daripada golongan Ansar. Sayyidina Umar menolak cadangan ini kerana dua orang ketua tidak boleh memimpin dan mentadbir sebuah negara di mana perselisihan faham antara keduanya sering berlaku yang membawa kepada keruntuhan negara.

Baiah di atas perlantikan Sayyidina Abu Bakar sebagai khalifah

 Pertikaian menjadi bertambah hangat sehinggalah Sayyidina Abu Bakar tampil menenangkan suasana dan menyejukkan perasaan golongan Ansar dengan kata-katanya : Kami adalah Umara’ (ketua) dan kalian adalah Wuzara’(menteri pembantu). Kata-katanya ini disokong oleh Saad bin Ubadah dan kemudiannya Sayyidina Abu Bakar memberikan nama cadangannya iaitu Sayyidina Umar dan abu Ubaidah bin al-Jarrah sebagai calon untuk dilantik sebagai khalifah. Walau bagaimanapun Sayyidina Umar dengan pantas mengangkat tangan Sayyidina Abu Bakar dan membaiahnya atau janji setia terhadap perlantikan Sayyidina Abu Bakar sebagai khalifah.
Beliau telah berkata : ” Demi Allah! aku lebih suka dibawa ke hadapan lalu ditebas leherku tanpa dosa daripada diangkat sebagai pemimpin suatu kaum di mana terdapat Abu Bakar”. Setelah mendengar kata-kata Sayyidina Umar lalu semua yang hadir terus membaiah Sayyidina Abu Bakar sebagai khalifah tanpa pertikaian lagi termasuk Saad bin Ubadah.

Kontroversi yang ditimbul di atas perlantikan Sayyidina Abu Bakar

  Antara kontroversi yang ditimbulkan dalam perlantikan Sayyidina Abu Bakar sebagai khalifah ialah ketidakhadiran Sayyidina Ali dan keluarga Rasulullah s.a.w yang lain. Ada fakta yang menyatakan bahawa Sayyidina Ali memberi baiah kepada Sayyidina Abu Bakar selepas enam bulan beliau menjawat jawatan Khalifah. Kegagalan Sayyidina Ali untuk turut hadir dalam pertemuan di Bani Saqifah kerana kesibukan dalam menguruskan jenazah Rasulullah s.a.w dan setelah itu beliau terpaksa pula menjaga isterinya Sayidatina Fatimah yang merupakan puteri Rasulullah s.a.w yang sakit tenat. Selepas kematian Siti Fatimah barulah Sayyidina Ali memberi baiah kepada Sayyidina Abu Bakar.

   Jika diteliti tentang proses perlantikan Sayyidina Abu Bakar maka kita dapat mengesan mengenai adanya 3 aliran berkaitan dengan perlantikan ini. Aliran Syiah yang dikatakan penyokong Sayyidina Ali dan keluarga Rasulullah s.a.w, golongan kedua daripada kaum Quraisy yang bukan daripada bani Hashim dan ketiganya kaum Ansar yang merupakan anak tempatan Madinah

.2 riwayat daripada al-Tabarani menukilkan tentang kontroversi ini yang bersumberkan daripada Ibnu Ishak dan al-Zuhri. Golongan Syiah berpegang kepada riwayat Ibnu Ishak yang menyatakan bahawa nabi s.a.w pernah memberitahu sahabatnya : ” Bahawa dia (Ali) adalam Imam, saudaraku, penggantiku dan khalifahku. Maka hendaklah kalian dengar dan patuh kepadanya”. Ini ada kaitannya dengan ucapan Rasulullah s.a.w di Ghadir Khum sebuah kawasan yang terletak berdekatan dengan Juhfah antara Mekah dan Madinah.
Peristiwa ini berlaku sewaktu dalam perjalanan pulang daripada mengerjakan haji di mana baginda telah mengangkat tangan Sayyidina Ali dan menyatakan bahawa beliau merupakan pemimpin. Sumber kedua daripada al-Zuhri pula menyebut bahawa sewaktu baginda berada dii dalam keadaan gering maka Abbas bin Abdul Muttalib meminta agar Sayyidina Ali bertanyakan kepada Rasulullah s.a.w tentang siapakah yang akan dilantik menjadi penggantinya. Bagaimanapun Sayyidina Ali tidak memenuhi permintaan tersebut kerana beliau merasakan bahawa Rasulullah s.a.w tidak akan memberikan jawapannya.

  Kembali kita kepada sumber Ibnu Ishak di mana menurut golongan Syiah maka ia dikatakan sebagai hadis yang diriwayatkan oleh Zaid bin Arqam al-Ansari. Sumber inilah yang meyakinkan mereka bahawa sepatutnya Sayyidina Ali dilantik sebagai khalifah bukannya Sayyidina Abu Bakar. Peristiwa ini turut dinukilkan dalam kitab sirah termasuk Sirah Ibnu Hisyam yang mana kebanyakan sumbernya daripada Ibnu Ishak. Sekiranya benar Rasulullah s.a.w pernah bersabda tentang kelayakan Sayyidina Ali sudah pasti para sahabat terutama Sayyidina Abu Bakar sendiri tidak akan berdiam diri dalam melantik Sayyidina Ali sebagai khalifah.

  Kesahihan hadis in i boleh dipertikaikan kerana Ibnu Ishak dikatakan condong kepada pemikiran Syiah di mana beliau sendiri pernah berdebat dengan Imam Malik dalam mempertahankan ideologinya. Hadis ini juga tidak ditemui dalam kitab sahih dan sumber ini bercanggah dengan sumber daripada al-Zuhri. Ini juga menunjukkan seolah-olah Sayyidina Ali sendiri tidak mengetahui tentang wasiat yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w mengenai perlantikan beliau.

Kelayakan Sayyidina Abu Bakar sebagai khalifah

  Sayyidina Abu Bakar memiliki kriteria yang selayaknya untuk menjadi khalifah. Rasulullah s.a.w sendiri sering memberikan kepercayaan kepada beliau antaranya tentang persetujuan baginda terhadap pandangan beliau sewaktu menyelesaikan kes tawanan perang Badar, keduanya Sayyidina Abu Bakar telah diberikan kepercayaan dalam mengedalikan urusan haji ke Mekah pada tahun 10 Hijrah dan beliau juga berperanan sebagai imam solat menggantikan baginda pada 11 Hijrah sewaktu baginda uzur.

  Walau bagaimanapun ia tetap menimbulkan pertanyaan samada kesemua kriteria yang disebut tadi merupakan isyarat daripada Rasulullah s.a.w yang menginginkan Sayyidina Abu Bakar menjadi pengganti atau pun tidak. Rasulullah s.a.w tidak meninggalkan walau sehelai wasiat tentang penjawatan khalifah sebaliknya baginda meninggalkan urusan pemilihan ini kepada umatnya sendiri. Mereka perlu berdikari setelah pemergian baginda. Cara ini merupakan salah suatu petunjuk bagaimana politik Islam adalah berbentuk anjal iaitu memberikan peluang dan ruan kepada umat Islam dalam mengatur masa depan mereka mengikut keperluan dan keadaan yang berubah-rubah.

Rujukan
1. Muhd Nur Iman MA, Saidina Abu Bakar as-Siddiq, 1998, KL Darul Nukman
2. Ibnu Hisyam, Sirah al-Nabawiyyah, Dar al-Makrifah, Beirut

Wednesday, August 29, 2012

IKLAN BORANG PENCALONAN AJKT & AJK HEWI KPIPM 2012-2013 DIBUKA ESOK

Borang pencalonan AJKT dan AJK HEWI KPIPM sudah dibuka...bagi sesi 2011-2012

JADUAL TUGASAN AJK KPR KPIPM 2011-2012

Berikut ialah jadual bertugas AJK KPR KPIPM 2011-2012 bagi pencalonan AJKT dan AJK Hewi KPIPM 2012-2013

Takhta dan harta merupakan antara ujian dunia

Firman Allah dalam ayat 83 Surah al-Qasos:

تِلْكَ الدَّارُ الْآخِرَةُ نَجْعَلُهَا لِلَّذِينَ لَا يُرِيدُونَ عُلُوًّا فِي الْأَرْضِ وَلَا فَسَادًا ۚ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ

Maksudnya : Negeri akhirat (yang telah diterangkan nikmat-nikmatnya) itu, Kami sediakan bagi orang-orang yang tidak bertujuan hendak mendapat pengaruh atau kelebihan di muka bumi dan tidak ingat hendak melakukan kerosakan; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa

Takhta dan harta merupakan antara ujian dunia yang berkait rapat dan banyak merosakkan umat manusia akibat menguruskan keduanya berdasarkan kepada hawa nafsu dengan menolak panduan suluhan wahyu Allah.

:: PILIHANRAYA TELUS KEPIMPINAN ADIL ::


Kewajipan memilih pemimpin yang adil


 Antara matlamat Allah Taala mencipta umat manusia adalah agar mereka menjadi khalifah di muka bumi-Nya. Mereka ditugaskan bukan sekadar untuk membina hadharah (ketamadunan), tetapi juga agar mereka merasa kehambaan kepada Pencipta, iaitu Allah Taala. Kewajiban berperanan sebagai khalifah ini merupakan kewajiban yang berada di dalam kedudukan yang kedua selepas kewajiban beribadat. Perkara ini turut diisytiharkan kepada para Malaikat sebagaimana firman Allah yang menyatakan :


“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berkata kepada para Malaikat; Sesungguhnya Aku mahu menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka (para Malaikat) bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata); Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu mereka yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), sedangkan kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu? Tuhan berkata; Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak mengetahuinya” - Surah al Baqarah:30, al Quranul Karim

Rasulullah S.A.W bersabda, “Kaum Bani Israel pada zaman dahulu dipimpin oleh Para Nabi (mereka menjadi ahli politik). Setiap kali matinya seseorang nabi, penggantinya Nabi juga selepasnya. Sesungguhnya tiada lagi Nabi selepasku dan akan berlakunya perlantikan khalifah (yang mengganti Nabi bagi memimpin umat), mereka ramai. Para Sahabat bertanya; Apakah perintah-mu kepada kami? Rasulullah S.A.W menjawab; Tunaikan bai’ah (janji ketaatan) kepada yang pertama dan seterusnya. Berilah kepada mereka hak mereka (untuk memerintah). Maka sesungguhnya Allah akan bertanyakan mereka berkenaan urusan mereka yang diminta supaya memimpin”.