www.flickr.com

Tuesday, September 4, 2012

MAKLUMAN BANTAHAN CALON


Syarat-syarat bantahan calon


MAKLUMAN BANTAHAN CALON (AJK HEWI)


MAKLUMAN BANTAHAN CALON (AJKT)


Perlantikan Saidina Umar Al-Khattab sebagai khalifah


1.   1.PERBINCANGAN SAYYIDINA ABU BAKAR DAN KIBAR SAHABAT

     Sejarah Islam mencatatkan sirah perlantikan Sayyidina Umar Al-Khattab, yang digelar oleh Rasulullah sebagai Al-Farouq yakni yang membezakan diantara yang hak dan yang batil.Di saat khalifah Abu Bakar As-Siddiq sedang tenat dan merasakan bahawa betapa dekatnya ketibaan ajal maka beliau mula membuat penilaian dan berfikir tentang perlantikan insan  yang akan menerajui takhta pemerintahan demi mengantikan pemerintahannya.Sebenarnya sudah terlintas dalam benak hati kecil Sayyidina Abu Bakar bahawasanya Sayyidina Umar merupakan insan yang paling layak walaupun Sayyidina Abu Bakar sudah mengamati para sahabat yang berada bersamanya seorang demi seorang untuk mencari khalifah yang paling layak dan paling berhak menjawat jawatan itu nanti. Namun begitu, Sayyidina Abu Bakar tetap mendengarpandangan pembesar di kalangan sahabat (kibar sahabat) seperti Abdul Rahman Bin Auf. Abdul Rahman bin Auf memberikan pandangan mengenai Sayyidina Umar lalu beliau menyifatkan Sayyidina Umar memang layak untuk menyandang jawatan khalifah kecuali sikapnya yang amat tegas. Walaubagaimanapun, Sayyidina Abu Bakar mengatakan bahawa Sayyidina Umar bertindak begitu sebagai mengimbangi kelembutan beliau dalam pemerintahan.

2.    2.PENULISAN WASIAT PEMILIHAN SAYYIDINA UMAR SEBAGAI KHALIFAH

      Selesai bertemu dengan Abdul Rahman bin Auf, maka Sayyidina Abu Bakar membincangkan perkara yang sama dengan Sayyidina Uthman bin Affan. Sayyidina Uthman meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap Sayyidina Umar. Kedua-dua pertemuan tadi menjadi rahsia di antara mereka bertiga. Sayyidina Abu Bakar mengarahkan Sayyidina Uthman untuk menulis wasiat beliau bagi perlantikan Sayyidina Umar sebagai khalifah. Di saat warkah sedang ditulis, Sayyidina Abu Bakar tidak sedarkan diri kerana keuzuran. Sayyidina Uthman kemudiannya menyambung penulisan wasiat itu. Setelah kembali sedar, Sayyidina Abu Bakar mengarahkan agar Sayyidina Uthman membaca wasiat yang telah ditulis lalu Sayyidina Abu Bakar bertakbir dan bersyukur kerana pandangan Sayyidina Uthman adalah sama dengan pandangannya. Setelah itu, wasiat dibacakan di hadapan para sahabat yang lain sebagai cadangan daripada khalifah sendiri.

3.    3.SAYYIDINA ABU BAKAR MEMINTA PANDANGAN DAN PERSETUJUAN KAUM MUSLIMIN.

     Saiyyidina  Abu Bakar  meminta  pandangan  ramai  dan bertanyakan keredhaan  mereka dalam menerima  cadangan  itu disamping  beliau  mengukuhkan  hujjah diatas perlantikan  khalifah  baru.Kaum muslimin yang hadir member persetujuan lalu mereka menjawab,”kami dengar  dan  kami patuh.
Firman Allah S.W.T,
ولقد اخترنهم على علم على العالمين
“ Dan  demi  sesungguhnya,Kami  telah  memilih  mereka  berdasarkan  pegetahuan(Kami) – menjadi  lebih pangkatnya  lebih  dari  penduduk  dunia(pada  zaman  itu)”-Surah Ad Dukhan ,ayat  32.
                                            
P/S : Harus kita ikuti para sahabat dalam perlantikan yang dilaksanakan demi memilih seorang pemimpin yang berkaliber dan berwibawa…  

Sunday, September 2, 2012

Pengertian Sumpah


    Sumpah menurut pengertian syara’ yaitu menahkikkan atau menguatkan sesuatu dengan menyebut nama Allah S WT, seperti; walLahi, bilLahi, talLahi. Secara etimologis arti sumpah yaitu:

1. Pernyataan yang diucapkan secara resmi dengan bersaksi kepada Allah SWT untuk        menguatkan kebenaran dan kesungguhan.
2. Pernyataan yang disertai tekad melakukan sesuatu menguatkan kebenarannya atau berani menerima sesuatu bila yang dinyatakan tidak benar.
3. Janji atau ikrar yang teguhakan menunaikan sesuatu.

    Dalam bahasa Arab sumpah disebut dengan al-aimanu, al-halfu, al-qasamu. Al-aimanu jama’ dari kata al-yamiinu (tangan kanan) karena orang Arab di zaman Jahiliyah apabila bersumpah satu sama lain saling berpegangan tangan kanan. Kata al-yamiinu secara etimologis dikaitakan dengan tangan kanan yang bisa berarti al-quwwah (kekuatan), dan al-qasam (sumpah).

   Dengan demikian pengertianal-yuamiinu merupakan perpaduan dari tiga makna tersebut yang selanjutnya digunakan untuk bersumpah. Dikaitkan dengan kekuatan (al-quwwah), karena orang yang ingin mengatakan atau menyatakan sesuatu dikukuhkan dengan sumpah sehingga pernyataannya lebih kuat sebagaimana tangan kanan lebih kuat dari tangan kiri. Lafal sumpah tersebut harus menggunakan huruf sumpah (al-qasam) yaitu: waw, ba dan ta. seperti; walLahi, bilLahi, talLahi.


Seorang Islam itu hanya boleh bersumpah dengan nama Allah swt sebagaimana sabda Rasulullah saw :
من كان حالفاً فليحلف بالله أو ليصمت
“Barangsiapa yang bersumpah, bersumpahlah dengan nama Allah atau berdiam diri”
Memegang Mushaf (Al-Quran) semasa bersumpah bukanlah merupakan salah satu syarat sumpah. Akan tetapi tidaklah menjadi masalah jika semasa ia bersumpah, tangannya memegang al-Quran, kerana al-Quran adalah merupakan Kalam Allah dan ia merupakan salah satu dari sifat Allah. Scenario ini dapat kita lihat didalam masalah yang melibatkan mahkamah bukan Islam yang memerlukan seseorang itu bersumpah menggunakan kitab suci. Berikut adalah contoh fatwa yang dikeluarkan oleh Fataawaa al-Majma’ al-Fiqhi al-Islami :-

إذا كان القضاء في بلد ما حكمه غير إسلامي يوجب على من توجهت عليه اليمين وضع يده على التوراة أو الإنجيل أو كليهما فعلى المسلم أن يطلب من المحكمة أن يحلف بالله ولا بأس أن يقسم بالقرآن الكريم لأنه كلام الله تعالى وهو صفة من صفاته ، فإن لم يُستجب لطلبه وأُجبر على الحلف بالتوراة أو الإنجيل فإنّه يُعتبر مكرهاً ، ولا بأس عليه أن يضع يده عليهما أو على أحدهما دون أن ينوي بذلك تعظيماً . والله أعلم
 
“Jika sistem didalam sebuah negara tidak memerintah menggunakan undang-undang Islam yang memerlukan seseorang itu mengangkat sumpah meletakkan tangannya diatas Kitab Taurat atau Injil, atau kedua-duanya sekali, maka seorang Islam itu hendaklah meminta mahkamah agar dia boleh bersumpah dengan Nama Allah.

   Dan Tidaklah menjadi masalah jika seseorang itu bersumpah dengan Al-Quran kerana sesungguhnya Al-Quran ialah Perkataan Allah (Kalam Allah) dan ia adalah salah satu dari sifat Allah. Dan jika mahkamah tidak membenarkan permintaan tersebut, dan dia terpaksa bersumpah dengan Taurat dan Injil, maka ini dianggap s ebagai paksaan, maka tidaklah ada dosa bagi seseorang itu meletekkan tangannya keatas salah satu atau kedua-duanya sekali selama-mana dia tidak berniat memuliakan apa yang dilakukan. Wallahu’alam”

SYARAT-SYARAT UMUM PENCALONAN